Cinta 15HB



Assalamualaikum.Haii semua.Dah lama rasanya korang menunggu entri cinta cintun dari fatin.Entri ini saya tujukan khas buat yang tersayang dan juga kepada para blogger yang singgah ke blog ini.Entri ini mengisahkan hubungan dua jiwa yang dipupuk dari zaman sekolah lagi.

Episod 1
Pada suatu hari,si gadis ini tengah berlatih dikir barat bersama gengnya di dalam sebuah bilik latihan.Di dalam bilik itu terdapat sekumpulan nasyid yang akan bersama-sama pergi bertanding dengan geng dikir barat.Ketika itu,gadis ini hanya sekilas pandang terhadap geng nasyid itu.Tak tahu la pulak yang salah seorang daripada mereka perasan yang gadis ini sedang melihat mereka.


Episod 2
Ketika hari bertanding,gadis ini berlagak biasa dan tidak tahu bahawa dirinya diperhatikan oleh jejaka nasyid ini.Sehinggalah tamatnya pertandingan.Di sekolah,jejaka ini meminta tolong daripada kawannya untuk mendapatkan number phone gadis ini.Tetapi,kawannya tidak berani.Biasalah gadis ini mukanya sentiasa masam mencuka dan susah hendak melemparkan senyuman.


Episod 3
Apabila kawannya tidak dapat tolong,dia pun meminta pertolongan daripada kawan gadis ini.Kawan gadis ini memberitahunya bahawa ada seseorang jejaka yang suka kepadanya.Tetapi gadis ini tidak mempercayai kawannya malah berkata "hang jangan dok merepek,boleh?Selama aku 3 tahun di sekolah nie,mana ada senior-senior yang sukakan aku.Aku nie tak lawa mana pun."


Kawan gadis ini terdiam seketika lalu berkata "wei dia(jejaka) nak number phone hang,boleh tak?"
Dia tu sapa?Kawannya menjawab"IRWAN yang pengawas sekolah tu".
Gadis ini berkata"aku tak kenal la.Tak payah la bagi.Aku tak mau."


Episod 4
Kelab usahawan dan kelab pusat sumber akan mengadakan lawatan sambil belajar di Lost World Of Tambun.Gadis ini merupakan pengawas pusat sumber dan dia akan menyertai lawatan ini.Ketika di dewan sekolah,semua pelajar yang pergi harus ada.Tiba-tiba gadis ini terpandang seorang jejaka yang dimaksudkan oleh kawannya.Gadis ini pun buat relax je la.

Episod 5
Waktu pagi-Hari bertolak dari sekolah ke Lost World.Semua pakat-pakat exited giler nak pi.Gadis ini pun dah duduk dalam bas sambil menunggu pelajar lain yang lambat.Tiba-tiba pelajar yang lambat itu adalah jejaka yang sukakan pada gadis itu.Jejaka itu leka memilih tempat duduk,tiba-tiba jejaka itu terpandang gadis itu.Mungkin nak dikatakan rezeki,tempat duduk gadis itu berdekatan sangat dengan jejaka tadi.


Episod 6
Ketika di dalam bas,gadis ini berasa ada sesuatu yang tidak kena.Rasa macam ada seseorang perhatikan dirinya.Gadis ini pun buat tak tahu ja tentang perasaan ini.Setibanya di Lost World,gadis & the geng pun bermandi-manda.Ketika itu,gadis ini dapat merasakan sesuatu yang menarik tentang jejaka itu.Apabila hendak pulang,jejaka itu menukarkan tempat duduknya di belakang gadis itu.


Episod 7
Apabila sudah pulang,gadis ini dapat miscall daripada seseorang yang tidak dikenali.Diringkaskan mereka pun sms di antara satu sama lain.Jejaka ini menyatakan bahawa dia sukakan gadis ini.Tetapi gadis ini menolak berkali-kali.Sehinggalah gadis ini berasa kasihan terhadap jejaka ini lalu menerimanya sebagai kawan.


Episod 8
Lebih kurang sebulan berkawan,mereka pun menjalinkan hubungan pada 15 Ogos 2009.Cinta mereka masih berkekalan sehingga hari ini.Bermacam-macam dugaan dan cabaran yang telah dilalui oleh mereka.Alhamdulilah,dengan sokongan keluarga daripada kedua-dua pihak,mereka masih bertahan sebagai pasangan kekasih yang popular di sekolah.Sokongan rakan-rakan juga membolehkan mereka kuatkan lagi erti kasih sayang sesama mereka.

'Lost World of Tambun dijadikan tempat perkenalan dari hati ke hati di antara mereka'
                                   
                                   INILAH CINTA 15HB♥


                                                                                    SEKIAN~






Terima kasih sebab sudi membaca,LIKE jer :)

2 kiss for me:

alwaniey wirdani said...

hye.. best nye cite dea..
follow me back yeww.

Fatin Atikah said...

@alwaniey wirdani tq sb sudi membaca :)

♦COPYRIGHT♥ALL RIGHTS RESERVED BY searchmeiefa.blogspot.com♦